Hari nih saya bangun pukul 3.30 pg...awalnya...hehehe...tak la,sekarang kan dh nk masuk musim sejuk,jadi malam tuh panjang...sebab tuh bleh bangun seawal itu... Alhamdulillah,sekurang2nya dapat jgak solat di tengah malam...sambil tunggu azan subuh,saya memerah otak memikirkan apa yg saya nk postkan dalam blog hari ni ek...pikir punya pikir tak dapat jgak...huhuhu...
Lepas solat subuh,semasa bersalaman dengan kawan saya,kami semua tersenyum...ye la...bersalaman,takkan nk tunjuk muka masam plak...tiba2,Allah menghadirkan ilham kepasa saya utk membuat posting mengenai senyum dan orang yg senyum...mengapa senyum itu dikatakan boleh mengindahkan suasana?saya terfikir tentang tuh...lantas saya membuka satu blog motivasi yang ada memperkatakan tentang senyum...^_^

Dari segi luaran, senyum itu akan membuatkan diri kita disenangi oleh sesiapa sahaja. Senyum kegirangan yang terpancar dari wajah kita akan mempengaruhi orang lain dan mereka juga akan turut sama jadi gembira dan jadi "penyenyum" bila melihat bibir kita yang senantiasa mengukir senyuman. Mungkin ada dari mereka akan bertanya,"ada apa2 ke ni, asyik senyum jer." ataupun mungkin mereka akan bertanya, "apa rahsia awak slalu senyum?". Tapi kena la ingat jugak, senyum, senyum jgak, tapi jgn la sampai nk senyum sorang diri pulak. Nanti apa plak kata org lain, "ish, budak nih betul ke tidak, takpun mesti tengah angau nih."...hahahahaha
Dengan senyum juga, org lain akan mempunyai "first impression" yg baik terhadap kita. "First impression" org lain terhadap kita sangat penting, kerana itu akan melambangkan keperibadian kita di hadapan org lain. Ala, macam kita sendiri la, bila tengok je org tu masam mencuka, mesti kita akan "chop" yang dia tuh garang, walhal dia tuh bukan main lemah-lembut lagi. Apa jadi kalau kita asyik muncung je? Pasti org lain kata, "oh...dia tuh ada yang tak kena hari ni". Selalunya bila ini terjadi, org di sekeliling kita akan menjauh dan tak nak mengacau. Silap haribulan hangin satu badan, tak pasal2 org lain yang kena, lebih baik diorg jangan cari susah.
Saya masih ingt, peristiwa masa orientasi saya br masuk tingkatan satu, ada sorang akak tuh, mukanya memang masam je sepanjang masa, memang nampak garang la. Saya ngan kawan2 yang lain tak berani langsung nk tegur dia. Tapi, masa kena mintak tandatangan akak2 fasilitator, bila saya ngan rakan2 pegi mintak tandatangan dia, ya Allah...lembutnya akak nih, baiknya dia. Disebabkan penampilan dia yg slalu masam je, kitorg semua "chop" yang dia tuh garang, rupa2nya...adoiii. Tu la org2 tua selalu kata, kita kena slalu senyum pada org lain, baru la mudah dpt kawan... Pepatah org putih pom ada cakap, "don't judge a book by its cover"...^_^


Lupakan dulu apa stress yang melanda kita, dan cuba cari apa yang boleh menggembirakan kita. Sahabat yang sentiasa bersama kita tidak kira semasa susah atau senang itulah sahabat yang sejati... Remember what people always says, "a friend in need is a friend indeed"... Kongsikan segala suka duka kita bersama orang2 yang kita percaya...nescaya kita akan tersenyum. Dan sentiasa try utk jadi "penyenyum"... Selepas itu, baru kita akan berasa sedikit ringan dan mampu menyelesaikan masalah satu persatu...^_^
