CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, October 15, 2008

Ku Mulakannya...

Alhamdulillah...tanggal 15 Oktober 2008, bersamaan 15 Syawal 1429H, pada pagi hari Rabu yang begitu damai walaupun terasa kesejukan cuaca bagaikan menusuk hingga ke tulang belakang, diri ini telah diberikan ilham dan petunjuk oleh Allah s.w.t utk membina blog ini. Sebenarnya, ini bukan kali pertama saya menjejakkan kaki ke dunia penulisan... saya dh aktif menulis sejak dr sekolah rendah lagi... Perangai saya yang suka menulis nih terbawa-bawa sampai ke sekolah menengah... Kat sekolah, saya sangat suka mengarang esei tak kira la pasal apa2 pun.... Jadi, asal jer ada pertandingan esei, saya mesti join punya...hahaha... Tapi melalui pertandingan2 yang disertai, dr situ la saya mendapat peluang utk menambahkan duit poket saya...hehe... saya bukannya masuk bertanding utk menang hadiah, tp bertanding utk cari pengalaman dan utk memantapkan lagi penulisan saya... Dapat hadiah tuh kira bonus la...haha... ^_^

Dulu, saya menulis hanya sekadar menulis... Semasa di sekolah, pernah terfikir bahawa penulisan boleh menjadi satu wacana dakwah utk masyarakat... Namun yg menjadi masalah, saya tidak tahu ke mana harus saya 'salur'kan hasil penulisan saya... Dan saya sememangnya menanam cita-cita dari kecil lg utk menjadi seorang profesional, tp pada masa yg sama juga menjadi seorang pendakwah yang bleh menyatukan dakwah dengan profesionalisme... Ini semua hasil pengaruh daripada baba (ayah) saya sendiri... saya sering memerhatikan bagaimana baba mengaplikasikan method dakwah dlm profesionalisme... saya sgt mengagumi baba dan menyimpan harapan utk menjadi sepertinya... saya pasti baba tidak menyedari bahawa anaknya ini rupa2nya sgt terpengaruh dengannya... Dan minat saya dlm dunia penulisan juga hasil drpd pengaruh baba...malah saya membuat keputusan utk menjejakkan kaki ke Mesir ini juga kerana baba...dari sejak kecil sampai la besar,sering dengar baba bercerita tentang kehidupannya di Mesir, membuatkanku tertarik utk merasai kehidupan belajar seperti baba di ardhul kinanah ini... Ramai org cakap yg muka saya nih tak sama dengan baba, tp sama dengan mama... Mungkin muka kami tak sama, tapi perangai...hahaha...sebijik... Bak kata pepatah, 'Bapa borek, anak rintik' and "ke mana tumpahnya kuah kalu tak ke nasi"...hehe...

Sehinggalah saya mengenali dunia 'BLOG' ini... Baru saya tau bahawa blog merupakan satu medan yang disediakan istimewa kpd org2 yang suka menulis dan juga menjadi satu medan utk menyebarkan dan meluaskan dakwah Islamiah... Dulu saya hanya dgr je org menyebut, bercakap, berbincang psl blog...blog...blog...bla...bla...bla... saya just dgr je, tak tau blog tuh apa masa tuh... saya menjejaki dunia 'BLOG' ini apabila datang ke mesir... saya lihat ramai pelajar-pelajar di Mesir sama ada azhar mahupun perubatan, mempunyai blog sendiri dan di situ la mereka melempiaskan segala idea2 atau method2 dakwah mereka... Mungkin itu salah satu hikmah Allah menghantar saya ke bumi Anbia' ini... InsyaAllah, mungkin saya telah ditakdirkan utk mengembangkan bakat penulisan saya yang sedikit ini di bumi Mesir ini... Ada 'seseorang' tuh kata pada saya, yg bakat saya nih tak boleh di sia-siakan, perlu diperkembangkan...hermmm... Kalu pikir-pikir, sebenarnya kita kena hargai dan bersyukur dengan nikmat Allah berikan kepada kita... Jadi, saya decide utk memulakan era penulisan saya secara serius... InsyaAllah, blog saya ni tidak akan hanya ada posting-posting berunsur dakwah sahaja, malah saya akan post jgak artikel2 medical (bersesuaian la dengan major saya,medical)... di sini la kalu nk latih diri utk blaja menyatukan dakwah dan profesionalisme...^_^


Ha... Mcm tu la lebih kurang rupa saya semasa menulis...hehe... Saja je... Rasa mcm kosong plak posting nih kalu tak taruk gambar... Apa2pun, mungkin komitmen saya sebagai seorang pelajar perubatan akan sedikit-sebanyak men'difficult'kan saya utk memberi lebih tumpuan kpd penulisan di blog ini... Namun, saya akan berusaha dan cuba sedaya upaya utk membuat yang terbaik dan menulis posting-posting yang menarik utk blog ini... Semoga sumbangan saya yang sedikit ini akan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t... Buat keluarga dan rakan2ku mahupun pengunjung blog ini, teruskanlah membantu saya utk memantapkan lg bidang penulisan saya dan ideologi-ideologi dakwah Islamiah... InsyaAllah, saya sedia menerima apa2 komen atau kritikan, dan akan kujadikan segala komen dan kritikan tersebut sebagai satu wadah utk saya terus bersemangat dalam memperjuangkan cita-cita saya, dan yang paling penting adalah utk terus menegakkan syiar ISLAM...^_^

Akhir kalam...saya akhiri posting yang pertama ini dengan satu madah... :

"Bergunung mana pun harta bukanlah kaya namanya jika miskin budi bahasa,
Segagah mana pun diri bukanlah pahlawan namanya jika nafsu tidak dapat dilawan,
Secantik mana pun rupa nan ayu bukanlah ratu namanya jika buruk tingkah lakunya,
Setinggi mana pun darjatnya bukanlah mulia namanya jika tiada iman di dada,
Melangit mana pun ilmu bukanlah bijaksana namanya jika tidak diamal dan digunakan,
Sealim mana pun warak bukanlah ulama' namanya jika takbur dan riak,
Sebesar mana pun ujian bukanlah beban namanya jika hati sentiasa pada yang maha Esa..."

0 comments: